Thursday, October 19, 2006

KONGSI RAYA...KONGSI RASA

Assalamualaikum w.b.t semua,
Pejam celik Ramadan dah nak sampai hujung ya...kejap je. Rasa saya baki beberapa hari ni anda semua pasti sibuk untuk persiapan Raya. Izinkan saya teka berapa pasang baju raya kawan2 kita yang selalu singgah kat sini ok....Adiena...mmm 7 (hari pertama rasanya baju kurung hijau muda)... Terra Rossa...3 kot (hari pertama kebaya putih) dan Syah...pakai baju tahun lepas kot hehe (Jangan marah Syah...sama la kita) ... Saya lawak jer...kalau anda semua tersenyum maknanya kelakar jugak saya ni ya...lagipun tak elok kalau muka bercuka bulan2 Ramadan ni...biar kurang gula dalam pasaran jangan dalam senyuman..hehe..
Kalau imbas setahun lepas rasanya ia Ramadan paling bermakna bagi saya sepanjang penglibatan dalam industri ini. Bukan pasal saya nyanyi kurang bagus berbanding Zaiful tapi sebenarnya Ramadan lepas adalah kali terakhir kami semua 'gather' dalam satu program setelah 7 tahun bersama di sana.
Beberapa hari lalu saya tonton klip semua rancangan kendalian saya yang dihadiahkan Paulina Firdaus Maju Sdn Bhd sepanjang penglibatan saya dalam industri ini. Rasa nak gelak ada, malu tengok diri sendiri pun ada...tak kurang rasa sebak pun... ada. Bila tengok MNN rindu pulak nak sampaikan berita haha.Saya pernah kerja di beberapa tempat sebelum ini tapi di sana miliki 'environment' yang tiada di tempat lain.
Bila ingat balik tak percaya saya boleh sampai ke tahap ni walaupun sebenarnya tak da apa yang boleh dibanggakan pun tapi saya rasa saya dah capai sasaran peribadi. Saya sambilan di sana...jadi tak da workstation sendiri... terpaksa bergayut... yang selalu jadi tempah singgahan workstation Charles Mohan atau Azizul Azwa. Terkena nama asing Adriana dan Zaini selain Azlina atau Anne Edwards dan Gerard Lam yang jadi mangsa.Bila ada hal tak bole kerja merayu Izelan Basar jadi ganti. Bila nak gula-gula pergi workstation Azmah Dahari.Bila tersasul Ganu.... satu studio gelakkan saya... geli hati betul
Apapun...Bagaimana saya 'merangkak' bila mula diberi tugas penyampai bersama Mislaiha di hujung minggu. Bagaimana terasa terlalu kecil pada mulanya bila digandingkan bersama Norazlina Tan Sri Awang Had. Bagaimana tertekan sehingga tak tidur malam bila melihat skrip suntingan Zainal Rashid Ahmad. Namun semua tu saya sahut sebagai cabaran dan syukur saya lalui dengan izinNya...Apapun semua tu mematangkan saya dan secara jujur saya rindukan 'environment' tu dan saya rindukan mereka. Jadi, jika ada rakan yang baca coretan ini...'terima kasih atas segalanya', walau di mana berada dan apa yang diusahakan, moga diberkati selalu.
Panjang sangat ke coretan saya kali ni? Dah boring ke? Kejap je lagi... kita kan nak kongsi rasa...
Entahlah dalam beberapa hari ini ada timbul satu rasa....cukup setakat ni...cukup apa yang ada...tak da apa lagi yang nak dikejar...tu saja yang mampu disumbang...
Tak tau kenapa...mungkin terlalu penat atau mungkin benar... cukup... sebab sikit sebanyak saya dah capai sasaran peribadi. Entahlah mungkin elok saya ambil 'break' yang panjang.
Ok cukup lah kongsi rasa ... jom kongsi raya pulak
Anda semua tau... setiap kali perayaan salah satu yang saya tunggu2 ialah mesej dalam iklan syarikat-syarikat korporat kita terutamanya Petronas. Dan tahun ni seperti biasa Petronas mesti 'champion' punya. Iklan tu sebenarnya berjaya menarik perhatian saya dan membuat saya begitu sebak. Mungkin pasal watak utamanya ... ayah tua yang tidak disedari terbiar dalam situasi keluarga progresif anak sendiri. Nasib baik 'happy ending'...kalau tak...tak tau lah.. apapun Syabas kepada tim penerbitan iklan Petronas tu... memang bernas,berseni, teliti dan penuh iktibar.
Saya nak kongsi satu lagi.. yang ni saya dapat dari kawan yang kerja kat satu 'Research House'. Katanya trend pengiklanan sekarang sedang berlumba untuk menarik penonton Melayu lingkungan umur 20 - 39 tahun tapi bukan semua Melayu. Sebabnya golongan ni terbahagi kepada 3 pulak... Melayu tradisional, Melayu progresif dan Melayu elit. Jadi yang jadi rebutan adalah Melayu progresif yang bertambah dari semasa ke semasa kerana satu hari Melayu tradisional pun akan progres. Saya percaya anda semua tergolong dalam kelompok Melayu progresif ni kerana antara cirinya terpelajar dan sentiasa mahukan pembaharuan. Cuma yang saya bimbang...macam iklan tu la. Jadi, saya pesan kat semua termasuk diri saya juga... ye la nak tak nak memang kita dalam kategori Melayu progresif... cuma moga kita dibekalkan kekuatan dan jati diri yang tak akan luntur di sebalik kesibukan dan persaingan mengejar kemajuan dalam hidup. Insyallah....
Ok cukup la tu... ooo terlupa... terima kasih kerana tonton Ziarah...segala maklum balas dihargai. Kem Karismatik pula setakat hari ni dimaklumkan bakal disiarkan bermula 18 nov ini di RTM2 pukul 3... maknanya doa kita semua dimakbulkan kerana bakal disiarkan pada slot yang lebih baik...Hari Sabtu...apapun setakat hari ni la dan jika diizinkanNya juga.
OK dah lama saya ambil masa anda semua... Sebelum saya 'berundur'... saya sedar saya banyak buat silap dan mungkin secara tak sedar saya melukakan perasaan anda sepanjang saya menjalankan tugas selama hampir 10 tahun di kaca tv anda...saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri mohon maaf Zahir dan Batin.
Satu lagi...tolong ekstra hati-hati dan ekstra tolak ansur serta ekstra sabar di jalanraya sepanjang musim perayaan ini.
Salam untuk semua.
Terima kasih...bye
Wan Din.

Friday, October 06, 2006

A'kum semua,

Harap semua sihat dan sentiasa tabah hadapi dugaan lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan ni.

Terra.... happy belated birthday ... sori kalau terlambat... bukan apa sebenarnya kami baru pulang dari assignment JogJakarta melengkapkan 2 episod akhir Ziarah. Dan satu lagi terima kasih...saya hargai komen awak tentang Ziarah. Pasal Kem K... saya tak berani nak janji lagi benda yang di luar kawalan saya...sabar dan sama-sama kita doa agar semuanya dipermudahkan.

Syah...sampaikan salam dan terima kasih saya kepada kawan anda yang setia menonton Ziarah setiap petang.

Terima kasih semua kerana sudi menonton Ziarah...saya hargai segala komen IKHLAS dan insyallah kami akan perbaiki pada masa-masa akan datang jika dimurahkan rezeki lagi. Kami produksi baru dan belum pun cukup haul malah kecil dan banyak bergerak dalam keupayaan yang terbatas terutama kewangan. Apapun kami cuba berikan yang terbaik dan seikhlasnya untuk manfaat bersama. Harapan saya kalau tak banyak... secebis pun cukuplah bagi Ziarah memanfaatkan anda bukan kerana apa...kerana telah sudi meluangkan masa berharga anda untuk menonton. Hanya Allah yang mengetahui segala dan membalas apa-apa pun secara setimpal.

Akhir kata Selamat menjalani ibadah puasa.

Terima kasih dan jaga diri baik-baik.


Wan Din